Saturday, January 16, 2010
Makna Cantik
anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan
misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan
memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan
menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut
dimabuk-mabukkan.
Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk
mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan
ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,
padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi
kecantikan ratu itu.
Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita
rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab
persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap
hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang
rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang
ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih
melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang
merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada
orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang
mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia
yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai
besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah
seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang
lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di
mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu
susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik
di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi
mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada
bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum
bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan
yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak
cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh
badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita
tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap
cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan
anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak
sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin
mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.
Itu saja yang membezakan.
Tuesday, January 5, 2010
HAKIKAT SEBUAH PERKAHWINAN
Penyayang
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah
pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan petunjuk ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
InsyaAllah.
KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA
Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.
2)Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
- Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh
3) Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air
asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.
d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
e) Lengkuas Padi/Helang/Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.
2) Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih
serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang
bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.
3) Petua Membersihkan Rahim
a) Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.
